Wednesday, 5 October 2011

Pokok Landak.



Pokok Landak.  Pokok bunga koleksi terkini.
Aku dah lama mengintai-ngintai pokok dari China ni. Kat nursery beratus harganya.  Nak beli sayang pulak duit...setiap kali pi kat nursery tu, mata aku tak pernah lupa memandangnya....cantik sungguh.!!!
Semalam aku dgn gang pekerja sekolah pi ladang jambu batu....hajat nak beli jambu dgn pokoknya sekali. Tup tup mata aku terpandang kat pokok landak ni. bergumpal2 dengan rumput.
 Apa lagi aku pun tanyalah apek ladang jambu tu.
Dengan mencebek dia kata ..itu pokok a  dulu sangat mahal. Sekarang  a..RM10 pun orang tak mau.
Ya ka ! bagi saya 2 pokok ya pek...Boleh2...saya cari baik2 punya special untuk U.
Terima kasih Allah kerana makbulkan impian ku.
Tapi pokok landak ni kalau tak tau cara menanamnya..memang payah sebab hujung daunnya tajam
berduri. Silap-silap tercucuk mata lak.
Tapi pokok ni tahan air. Seminggu siram sekali je cukup. Sesuai untukorg sibuk.
Cantikkan!!diletakkan di depan rumah.

No comments:

Post a Comment